Selamat Datang....

Khamis, 14 Oktober 2010

Rahsia Huruf Al-Quran

Al Quran adalah suatu petunjuk daripada Allah terhadap orang-orang yang bertakwa, sesiapa saja di
antara orang islam yang bertakwa maka wajib bagi mereka merujuk semua perkara dengan Al Quran,
sesiapa sahaja yang membelakangkannya maka berdosalah mereka dan di akhirat akan di campakkan
kedalam bakaran api neraka terutama pemerintah-pemerintah
Di dalam Al Quran yang mengandungi setiap huruf, titik dan ayat-ayat mempunyai hikmah
yang tersangat besar

Setiap huruf,ayat dan titik di dalam Al Quran ada mempunyai hikmahAl Quran itu mengandungi:
Huruf alif sebanyak 48,740 huruf
Huruf ba sebanyak 11,420 huruf
Huruf ta sebanyak 1,404 huruf
Huruf tha sebanyak 190,480 huruf
Huruf jim sebanyak 3,322 huruf
Huruf ha sebanyak 4,138 huruf
Huruf dal sebanyak 5,998 huruf
Huruf zal sebanyak 4,934 huruf
Huruf ro sebanyak 2,206 huruf
Huruf zai sebanyak 1,680 huruf
Huruf sin sebanyak 5,799 huruf
Huruf Syin sebanyak 2,115 huruf
Huruf sod sebanyak 2.780 huruf
Huruf dhod sebanyak 1,882 huruf
Huruf tho sebanyak 1.204 huruf
Huruf zhi sebanyak 842 huruf
Huruf 'ain sebanyak 9,470 huruf
Huruf ghain sebanyak 1,229 huruf
Huruf fa sebanyak 9,813 huruf
Huruf qof sebanyak 8,099 huruf
Huruf kaf sebanyak 8,022 huruf
Huruf lam sebanyak 33,922 huruf
Huruf mim sebanyak 28,922 huruf
Huruf nun sebanyak 17,000 huruf
Huruf waw sebanyak25,506 huruf
Huruf ha sebanyak 26,925 huruf
Huruf lam alif sebanyak 14,707 huruf
Huruf ya sebanyak 25,717 huruf
Ilmu Mengenal Diri Bahagian Ke-2
9
Bahan Bacaan Ilmiah Klinik Muallij
Kesemua huruf yang terkandung di dalam Al Quran itu ialah 127,000 huruf, jumlah ini sama dengan
jarak di antara syurga dengan syurga yang lain atau jarak antara langit dan bumi, di dalam Al Quran ada
ayat Makiyah dan Madaniyah, ayat makiyah sejumlah 4,780 dan ayat madaniyah sejumlah1.456 ayat
jumlah semua ayat ialah 6,236 ayat yang mengandungi 114 surah iaitu 86 surah di makkah dan 28 surah
di madinah

Ahad, 10 Oktober 2010

Jenis @ Makam Taranum

Berikut merupakan jenis-jenis Maqam (di Malaysia=disebut Tarannum) berdasarkan keluarga/ induk dan pecahan-pecahannya.
1. Ajam – Ajam (عجم), Jiharkah (جهاركاه), Shawq Afza ( شوق افزا atau شوق أفزا)
2. Sikah – Bastanikar (بسته نكار), Huzam (هزام), Iraq (عراق), Mustaar (مستعار), Rahat El Arwah (راحة الارواح atau راحة الأرواح), Sikah (سيكاه), Sikah Baladi (سيكاه بلدي)
3. Bayati – Bayatayn (بیاتین), Bayati (بياتي), Bayati Shuri (بياتي شوري), Husseini (حسيني), Nahfat (نهفت), Nawa
4. Nahawand – Farahfaza (فرحفزا), Nahawand (نهاوند), Nahawand Murassah (نهاوند مرصّع or نهاوند مرصع), Ushaq Masri (عشاق مصري)
5. Rast – Mahur (ماهور), Nairuz (نوروز), Rast (راست), Suznak (سوزناك), Yakah (يكاه)
6. Hijaz – Hijaz (حجاز), Hijaz Kar (حجاز كار), Shadd Araban (شد عربان), Shahnaz (شهناز or شاهناز), Suzidil (سوزدل), Zanjaran (زنجران)
7. Saba – Saba (صبا), Saba Zamzam (صبا زمزم)
8. Kurd – Kurd (كرد), Hijaz Kar Kurd (حجاز كار كرد)
9. Nawa Athar – Athar Kurd (أثر كرد), Nawa Athar (نوى أثر or نوى اثر), Nikriz (نكريز)
Walau bagaimanapun, Maqam/ Tarannum yang biasa di Malaysia ialah:
1-Bayati
2-Sobah
3-Sikah
4-Rast
5-Nahawand
6-Jiharkah
7-Hijaz
Memandangkan pada zaman kegemilangan Islam yang lampau, pengaruh kesenian wilayah-wilayah yang diduduki Islam telah menyerap antara satu sama lain. Antaranya ialah Iraq (Baghdad), Parsi, Turki dan Mesir. Kesemua nama-nama negara ini mempengaruhi tamadun kesenian Islam dalam jangka masa yang berbeza.

HUkum Bertaranum

TILAWAH al-Quran bukan asing bagi masyarakat Islam di negara ini, malah Malaysia antara negara pelopor mengadakan acara itu setiap tahun.

Dalam mana-mana majlis tilawah, qari dan qariah akan memperdengarkan bacaan dengan seni lagu atau tarannum. Kehandalan seseorang pembaca bukan sekadar diukur kepada kebolehan tajwid tetapi sedap atau tidak pembacaannya.

Melagukan al-Quran berbeza daripada nasyid, qasidah dan burdah malah menurut Imam Syafie, melagukan al-Quran ialah mengelokkan kitab suci itu tanpa melanggar hukum tajwid.

Namun, timbul perselisihan pendapat di antara ulama salaf (dahulu) dan ulama khalaf (kemudian) mengenai kesenian lagu al-Quran. Ada berpendapat hukum berlagu makruh dan harus.

Antara ulama yang berpendapat hukum berlagu makruh ialah Anas bin Malik, Said bin Jabir, Ibn Sirin, Imam Malik dan Imam Ahmad. Mereka bersandarkan kepada hadis yang berbunyi:

“Bacalah al-Quran dengan bentuk suara dan lagu Arab, hendaklah dijauhkan dengan bentuk lagu ahli kitab dan orang fasik. Sesungguhnya akan datang selepas aku kaum tertentu yang membaca al-Quran seperti orang bernyanyi dan cara ahli kitab dan cara seperti meratap iaitu keluar huruf melalui kerongkong mereka tidak sesuai dengan makhraj huruf semata-mata bertujuan mempesona dan menakjubkan orang saja.”

Selain itu, Imam Ahmad berpendapat, pembacaan al-Quran secara berlagu suatu perkara bidaah dan ia melarang daripada mendengarnya.

Ulama yang berpendapat hukum berlagu adalah harus ialah Umar Ibn Khattab, Ibn Abbas, Ibn Mas’ud, Imam Hanafi dan Imam Syafie. Mereka berpandukan hadis nabi, antaranya:

“Daripada Barra’ bin Azib berkata: Rasulullah bersabda (maksudnya): Seseorang yang mahir membaca al-Quran ditempatkan di syurga bersama Malaikat dan hiasilah al-Quran dengan suaramu.”

Menurut Imam Mawardi, melagukan al-Quran itu boleh selagi tidak keluar daripada kaedah hukum tajwid sehingga lagu merosakkan bacaan.

Ijmak ulama menyatakan, menjadi suatu yang digalakkan mendengar bacaan al-Quran seorang yang mempunyai suara baik kerana ia lebih jelas kepada makna yang dikehendaki.

Pensyarah al-Quran dan Tarannum, Kolei Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Muhammad Lukman al-Hafiz Ibrahim, berkata masyarakat Islam perlu menganggap tarannum suatu tuntutan dengan melihat kepada beberapa hadis sahih Rasulullah s.a.w yang menyuruh dan beramal demikian.

Asas bertarannum, katanya, ialah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud: “Bukanlah umat kami mereka yang tidak bertaranum dengan al-Quran.” (Sahih Bukhari: 6/273)

“Suatu bukti yang tidak dapat disangkal ialah mereka yang belajar ilmu tarannum adalah lebih baik tilawah serta tajwidnya berbanding dengan mereka yang tidak belajar,” katanya.

Beliau berkata, ini sesuai dengan gesaan Rasulullah s.a.w supaya membaca al-Quran dengan cara yang paling baik, seperti yang dapat difahami melalui satu hadis bermaksud:

“Hiasilah al-Quran dengan suaramu kerana suara yang baik akan menambah keelokan al-Quran.” (Riwayat Hakim 1/768).

“Suara perlu dibentuk dengan tarannum yang baik untuk menyambut suruhan Rasulullah s.a.w ini. Jika tidak bacaan akan menjadi buruk dan tidak elok. Ini bertentangan dengan kemuliaan al-Quran.

“Seorang yang berkata tidak mampu bertaranum dengan alasan suaranya tidak baik hanya memberi alasan yang remeh.

“Mereka sebenarnya tidak belajar bertaranum yang betul untuk al-Quran. Realiti ini memang terbukti melalui kursus dan kelas yang diadakan.

“Sehingga guru dan penceramah agama sendiri yang mahir dalam ilmu tafsir, hadis, fiqah dan lain-lain tidak membaca al-Quran dengan baik malah salah,” katanya.

Punca perkara itu, katanya, hanya satu kerana tidak belajar al-Quran sedangkan mereka mendalami ilmu tafsir, hadis, fiqah dan lain-lain.

“Sekiranya dilihat dari sudut masyarakat Islam pula, mereka yang lemah dalam membaca al-Quran masih ramai bahkan sebahagiannnya tidak tahu membaca langsung. Itu belum lagi dibincangkan persoalan membaca dengan baik dan bertarannum,” katanya.

Jelas, berdasarkan keterangan itu termasuk beberapa hadis menegaskan supaya membaca al-Quran dengan suara elok dan berlagu menyumbangkan kepada keelokannya.

Tetapi ini tidak bermakna mereka yang tidak boleh berlagu dipaksa agar berbuat demikian, sesuai dengan hadis bermaksud: “Sesungguhnya mengelokkan suara dalam pembacaan al-Quran adalah dituntut. Jika tidak berkemampuan hendaklah diperelokkan sekadar termampu saja.”

Menurutnya, amalan berlagu dalam pembacaan al-Quran bermula sejak era kegemilangan generasi pertama Islam, iaitu zaman Rasulullah s.a.w.

“Imam Ibn Hajar Asqalani meriwayatkan, masyarakat Arab cukup suka berlagu sama ada ketika menunggang unta, di halaman rumah dan di mana sahaja. Apabila al-Quran diturunkan, Rasululah s.a.w mahukan minat berlagu itu dipindahkan kepada tarannum al-Quran (Fath al-Bari 6/69).

“Satu riwayat lain dari Imam Ibn Batthal menyebutkan, Saidina Umar meminta Abu Musa al-Asy`ari (qari ulung di kalangan sahabat) membaca al-Quran di hadapannya. Maka, Abu Musa membaca sambil bertarannum. Kata Umar r.a sesiapa yang mampu untuk bertaranum seperti Abu Musa, silalah (Syarah al-Bukhari oleh Ibnu Battal 9/342)

“Asasnya di sini ialah mengutamakan bacaan bertajwid dan tarannum bertujuan untuk memperelokkan lagi bacaan al-Quran,” katanya.

Jenis lagu adalah pelbagai, tetapi yang biasa bagi masyarakat di Malaysia ada tujuh, membabitkan lagu Bayati (dimasyhurkan orang Mesir), lagu Soba (berasal dari Arab Mesir), lagu Hijaz (berasal dari Hijaz iaitu Makkah dan Madinah), lagu Nahawand (berasal dari Hamdan, Parsi), lagu Rast (berasal dari Parsi), lagu Jaharkah (berasal dari Afrika) dan Sikah (berasal dari Parsi).

Muhammad Lukman berkata, seseorang yang ingin membaca al-Quran boleh memilih mana-mana tarannum yang sesuai dengan suara mereka.

“Umat Islam memang dituntut mempelajari tarannum sepanjang zaman dengan tujuan untuk memperelokkan (tahsin) tilawah al-Quran.

“Namun, asas dalam tarannum al-Quran adalah tajwid. Al-Quran wajib dibaca dengan tajwid.

“Taranum juga adalah tuntutan, namun tidak boleh sekali-kali mendahului tajwid dan melampau dalam tarannum sehingga membelakangi tajwid. Perkara ini mesti dijauhi,” katanya.

Cuma, katanya, syarat pembelajaran tajwid dan tarannum adalah secara talaqqi dan musyafahah (belajar secara langsung dan menghadap guru).

“Kaedah menggunakan kaset, cakera padat video (VCD) dan media lain hanyalah sebagai satu alat bantu tambahan dan ia bukan asas kepada pembelajaran al-Quran,” katanya.

Selasa, 8 Jun 2010

AKADEMI AL-QURAN:

AKADEMI AL-QURAN: 28 Mei 2010

Al-Kuliyyah/ 21 Ogos 09

Al-Kuliyyah/ 21 Ogos 09

AKADEMI AL-QURAN:

AKADEMI AL-QURAN: 21 Mei 2010

Tentang Taranum

Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonation, modulation, recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik.

Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses Nada, Rentak dan Irama tertentu.

Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama adalah alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda:

ما أذن الله لشىء ما أذن لنبى حسن الترنم بالقرأن
(رواه البخارى)

Maksudnya: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.

Sejarah Tarannum

Rasulullah s.a.w. menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari dan ramai lagi.

Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah bin Qis di Kufah (Tahun 62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah s.a.w. itu. Ketika zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya: Misri (Mesir).Hijazi (Mekah dan Madinah), Iraqi, Kurdi (sempadan Iraq dan Turki), ‘Ajami (Iran) dan lain-lain. Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran.

Perbandingan Aliran Hijazi dan Misri

Aliran Hijazi
• Padang pasir.• Bukit bukau.• Suhu tinggi. Lalu: irama dan rentaknya lincah dan nada suaranya tinggi kehangatan.

Aliran Misri
• Lembah nil.• Subur menghijau.• Suhu sederhana.Lalu: irama dan rentaknya lembut dan suaranya sederhana kemanisan.

Isnin, 17 Mei 2010

Taranum Soba



Taranum Rast

Taranum Jiharkah

Taranum Sikah

Taranum Nahwand

Taranum Hijjaz

Taranum bayaati ..





Jumaat, 23 April 2010

Belajar Taranum Al-Quran

Sesiapa yang berminat atau meminat seni taranum Al-Quran bolehla muat turun perisian mari belajar taranum.

Jumaat, 9 April 2010

Hukum Tajwid Pada Ayat-Ayat Dalam Surah Al-Fatihah







Kesilapan Ayat-Ayat Dalam Surah Al- Fatihah..

Kesalahan dalam ayat ke 7.

1. Meng 'isymamkan' (memuncungkan bibir) ketika menyebut huruf (ص) dalam kalimah (صراط)

2. Menyebut huruf (ر) yang berbaris fathah dengan ketebalan yg melampau seolah-olah hamper kepada dhammah dengan dimuncungkan mulut kehadapan. (Ada sebahagian qari tersilap dengan menggalakkan cara demikian).

3. Menebalkan huruf (ل) dalam kalimah (الذين)

4. Membaca dengan 'qalqalah' pada izhar halqi dan izhar syafawi dalam kalimah (أنعمت)

5. Membaca izhar halqi dan izhar syafawi dengan memutuskan bacaan seperti 'saktah'

6. Membaca dengan seolah-olah ada tasydid pada huruf (ع) dalam kalimah (انعمت عَّليهم)

7. Tidak membaca kasrah dengan tepat pada (عليهم) dengan sebutan seperti "'alaihem"

8. Tidak menebalkan huruf (غ) dalam kalimah (غير) dan (المغضوب)

9. Menebalkan huruf (م) dalam kalimah (المغضوب) kerana terpengaruh dengan huruf tebal selepasnya.

10. Tidak jelas dalam menyebut izhar syafawi pada huruf (م) dalam kalimah (عليهم ولا)

11. Menebalkan huruf (ل) dalam kalimah (ولا الضالين)

12. Meninggalkan "istitholah" pada huruf (ض)

13. Tidak cukup kadar panjang mad lazim iaitu 6 harakat.

Kesilapan Ayat-Ayat Dalam Surah Al- Fatihah..

Kesalahan dalam ayat ke 6

1. Huruf (ن) di dalam kalimah (اهدنا) dibaca dengan tebal kerana terpengaruh dgn huruf isti’la selepasnya.

2. Mengisymamkan huruf (ص) (memuncungkan bibir) di dalam kalimah (الصراط)

3. Menyebut kasrah (ص) di dalam kalimah (الصراط) dengan sebutan yg hampir kepada dhammah.

4. Menyebut huruf (س) di dalam kalimah (المستقيم) dengan sebutan yg hampir kepada (ص)

5. menebalkan huruf (ت) dalam kalimah (المستقيم) kerana terpengaruh dgn huruf selepasnya.

6. Keterlaluan di dalm menebalkan huruf (ق) , sedangkan ketebalannya di tahap yg rendah.

7. Tidak sekata di dalam mad aridh lissukun dengan ayat sebelumnya.

Kesilapan Ayat-Ayat Dalam Surah Al- Fatihah..

Kesalahan dalam ayat ke 5.

1. Kurang jelas tasydid dalam kalimah (اياك) . Adapun jika meninggalkan tasydid ia dikira kesilapan yg besar dan membatalkan Fatihah.

2. Huruf (ع) dibaca dengan menghidung sedangkan dengung atau ghunnah tiada kaitan dengannya. (ini antara kesilapan sebahagian besar org melayu)

3. Huruf (ع) dibaca dengan tebal sedangkan ia bukan huruf isti’la’.

4. Tidak menyebut dhammah dengan sempurna pada huruf (ب) dan (د), iaitu membacanya seperti ‘ikhtilas’. Kerana kesempurnaan dhammah hanyalah dengan dimuncungkan sedikit bibir ke hadapan, jika tidak ia dikira ikhtilas.

5. Membaca seolah-olah ada tasydid pada huruf (ء) di dalam kalimah (واياك). Sebutannya seperti “wak, iyyaka”.

6. Menyebut huruf (س) dengan sebutan hampir atau menyamai (ص) di dalam kalimah (نستعين)

7. Tidak sekata di dalam mad ‘aridh lissukun dengan ayat sebelumnya.

Kesilapan Ayat-Ayat Dalam Surah Al- Fatihah..

Kesalahan dalam ayat ke 4.

1. Menyebut huruf (م) dalam kalimah (مالك) dengan sebutan yg kasar.

2. Menyebut huruf (م) dalam kalimah (مالك) dengan sebutan yang hampir kepada ‘Imalah’

3. Memanjangkan sebutan huruf lin (و) pada kalimah (يوم) sedangkan huruf lin hanya boleh dipanjangkan ketika waqaf sahaja.

4. Tidak memuncungkan bibir ketika menyebut huruf (و) kerana ia tidak sempurna jika tidak dimuncungkan sedikitbibir kehadapan.

5. menyebut huruf (د) yang bertasydid dalam kalimah (الدين) dengan sebutan yg hampir kepada huruf (ت) kerana hampirnya makhraj keduanya.

6. Tidak sekata dalam memanjangkan mad Aridh Lissukun di akhir ayat ini dengan ayat sebelumnya.

7. Waqaf pada huruf (ن) dengan mendengungkannya

Kesilapan Ayat-Ayat Dalam Surah Al- Fatihah..

Kesalahan dalam Ayat ketiga

Membaca dengan 'idkhol' (panjang) di antara huruf (ه) dan huruf (ر) yang bertasydid dalam kalimah (الله الرحمن)
Memanjangkan bacaan ketika tasydid (ر) di dalam kalimah (الرحمن) sehingga seolah-olah ia menambahkan huruf (ر) tersebut.
Menyebut huruf (م) dalam kalimah (الرحمن) dengan sebutan hamper kepada 'taqlil'.
Menyebut huruf (م) dalam kalimah (الرحمن) dengan tebal atau dengan loghat-loghat tertentu. (Loghat-loghat banyak sekali mempengaruhi bacaan seseorang)
Menyebut huruf (ح) dalam kalimah (الرحيم) seolah-olah berbaris 'fathah'.
Membaca seolah-olah mentasydidkan huruf (ح) pada kalimah (الرحيم)
dan lain-lain

Kesilapan Ayat-Ayat Dalam Surah Al- Fatihah..

Kesalahan dalam Ayat 2.

1. Membaca huruf (ل) dengan dengan ‘qalqalah’ pada kalimah (الحمد)

2. Menebalkan (membaca dgn bacaan yg kasar) huruf (ل) pada kalimah (الحمد)

3. Membaca huruf (ح) dengan tebal pada kalimah (الحمد)

4. Membaca huruf (م) dengan qalqalah pada kalimah (الحمد)

5. Membaca dengan ‘ikhtilas’ dhommah (tidak sempurna sebutannya dengan tidak dimuncungkan sedikit bibir kehadapan) pada huruf (د) dalam kalimah (الحمد). Ini merupakan kesilapan yg sangat banyak berlaku.

6. Membaca huruf (ل) pada kalimah (لله) dengan sebutan yg seakan-akan ‘taqlil’.

7. Membaca huruf (ل) pada kalimah (لله) dengan sebutan yang kasar atau dengan loghat-loghat tertentu.

8. Tidak menjelaskan sebutan huruf (ه) pada kalimah (لله)

9. Tidak men ‘tafkhimkan’ (menebalkan) huruf (ر) pada kalimah (رب)

10. Membaca huruf (ل) dengan qalqalah pada kalimah (العالمين)

11. Menyebut huruf (ع) dengan suara yang datang dari hidung

12. Menyebut huruf (ع) dengan ‘isti’la’ (tebal) pada kalimah (العالمين)

13. Mendengungkan bacaan pada ‘mad ‘aridh lissukun’ pada kalimah (العالمين)

Kesilapan Ayat-Ayat Dalam Surah Al- Fatihah..

Kesalahan dalam Ayat Pertama. (basmalah)

Menyebut huruf (س) dengan qalqalah dalam kalimah (بسم) sedangkan ia bukan huruf qalqalah.
Membaca dengan tebal huruf (ب) pada kalimah (بسم) sedangkan ia huruf 'istifal' bukannya 'isti'la'.
Menyebut huruf (ل) dalam kalimah (الله) dengan sebutan hampir kepada 'imalah shughro' ataupun 'taqlil'
Menyebut huruf (ل) dalam kalimah (الله) dengan tebal atau tafkhim.
Menyebut huruf (ه) dalam kalimah (الله) dengan sebutan yg tidak sempurna sampai ke makhrajnya.
Membaca dengan 'idkhol' (panjang) di antara huruf (ه) dan huruf (ر) yang bertasydid dalam kalimah (الله الرحمن)
Memanjangkan bacaan ketika tasydid (ر) di dalam kalimah (الرحمن) sehingga seolah-olah ia menambahkan huruf (ر) tersebut.
Menyebut huruf (م) dalam kalimah (الرحمن) dengan sebutan hamper kepada 'taqlil'.
Menyebut huruf (م) dalam kalimah (الرحمن) dengan tebal atau dengan loghat-loghat tertentu. (Loghat-loghat banyak sekali mempengaruhi bacaan seseorang)
Menyebut huruf (ح) dalam kalimah (الرحيم) seolah-olah berbaris 'fathah'.
Membaca seolah-olah mentasydidkan huruf (ح) pada kalimah (الرحيم)
dan lain-lain

KESILAPAN-KESILAPAN YG BESAR YG BIASA BERLAKU YG MENCACATKAN SURAH AL-FATIHAH.

1. Menukarkan huruf (ح) dengan huruf (ه) seperti kalimah (الحمد ، الرحيم) dll.

2. Menukarkan huruf (ع) dengan huruf (أ) seperti kalimah (العالمين ، أنعمت) dll.

3. Menukarkan huruf (أ) dengan huruf (ع) seperti kalimah (أنعمت)

4. Menkarkan huruf (ق) dengan huruf (ك) seperti kalimah (المستقيم)

5. Menukarkan huruf (ض) dengan huruf (د) seperti kalimah (الضالين)

6. Menukarkan huruf (ر) dengan huruf (غ) seperti kalimah (الرحمن ، غير)

7. Meninggalkan salah satu tasydid dari 14 tasdid dlm fatihah seperti (اياك)

8. Dan lain-lain.

BENARKAH ANDA TELAH MEMBACA AL-FATIHAH.

Sabda Nabi SAW:

لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب
Maksudnya:
“Tiada solat bagi sesipa yg tidak membaca Al-Fatihah”. (Riwayat Bukhari dari Ubadah bin As-Shomit)

Dari hadis ini jumhur ulama menyatakan bahawa Al-fatihah merupakan salah satu rukun dan fardhu dlm solat melainkan Alhanafiyyah yg hanya menyatakan ianya hanya wajib sahaja bukannya rukun (menurut qaedah mereka yg membezakan antara wajib dan fardhu). (Lihat Fahul Bari 2/486/487, Fiqh Islami 1/648)

Persoalannya adakah bacaan kita selama ini dikira atau tidak?. Para ulama membahaskan masalah tersebut dengan mengatakan bahawa tidak sah solat orang yg membaca fatihah tetapi dlm bacaannya masih ada kesalahan yg besar yg mencacatkan fatihah tersebut. Di antara kesalahannya ialah tidak menyebut huruf dgn makhraj yg betul atau meninggalkan mana –mana tasydid dlm fatihah, dan lain-lain (Lihat Mughni Muhtaj 1/327, dll)


Peringatan:
Tidak sah Fatihah seseorng jika ia masih melakukan kesalahan2 tersebut melainkan jika ia telah berusaha membetulkan bacaanya dihadapan guru tetapi lidahnya masih tidak mampu menyebutnya dengan betul kerana Allah tidak membebankan apa yg tidak kita mampu. Di sana banyak lagi kesalahan-kesalahan yg lain yg saya tidak sebutkan dini samada ia jarang berlaku atau ia merupakan kesalahan yg tidak menyebabkan fatihah tidak sah. InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan bentangkan pula kesalahan-kesalahan yg kecil di supaya kita dapat memperkemaskan lagi bacaan kita.

Nama-Nama Syaitan Dalam Surah Al-Fatihah

Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujud di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati.

NAMA SYAITAN;

1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH.

2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB.

3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU.

4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK.

5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS.

6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYYA bermaksud matahari.
Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan"!!!!!!!!

7.SIROTOL LAZI...sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti.

8.AMIN...hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaanya.

kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:

a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi 'le')...sepatutnya dibaca, Alhamdulillah....
b) malikiyau-middin...sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( 'maa' = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a'n a'm...sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a'm...( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)

Khamis, 18 Februari 2010

Sejarah Penulisan Al-Quran

Sejarah Penulisan Quran

Pertama: Penulisan Quran di masa Rasulullah saw.

Atas perintah Nabi saw., Quran ditulis oleh penulis-penulis wahyu di atas pelepah kurma, kulit binatang, tulang dan batu. Semuanya ditulis teratur seperti yang Allah wahyukan dan belum terhimpun dalam satu mushaf. Di samping itu ada beberapa sahabat
yang menulis sendiri beberapa juz dan surat yang mereka hafal dari Rasulullah saw.
KLIK untuk mengetahui dengan lebih lanjut

Taranum Al-Quran

Taranum merupakan salah satu cabang untuk memper elokkan bacaan Al-quran. Taranum bererti seni lagu Al-Quran yang diadaptasikan pada ayat-ayat Al-Quran agar ayat-ayat yang dibaca lebih menarik dan menjadikan pembaca membaca dengan lebih sempurna.Ini Dipekuatkan lagi dengan sebuah hadith Nabi yang bermaksud " Hiaskanlah Al-Quran dengan Suara Merdu ".

Mempelajari ilmu taranum Al-Quran merupakan satu kaedah yang paling baik dan sempurna untuk menjadi/membaca ayat-ayat suci ini dengan baik kerana didalam taranum ini kita dapat mempelajari kaedah-kaedah pengawalan suara, kaedah pembacaan secara bertajwid serta kaedah penyebutan huruf yang betul. Jika anda ragu tentang ilmu taranum dalam pembacaan Al-Quran, KLIK dan baca serta fahami penerangannya.

Rabu, 20 Januari 2010

Mari Mengenal Bunyi Huruf Al-Quran

Jumaat, 15 Januari 2010

Penerangan Dari Ustaz Zamri Tentang Belajar Al-Quran..

Sabtu, 9 Januari 2010

Hukum Tajwid..

Salah satu perkara asas yang perlu bagi setiap insan mempelajari Al-quran perlulah mempelajari ilmu tajwid... Mempelajari Ilmu tajwid adalah sangat dituntut sebelum membaca Al-quran.KLIK untuk mengetahui dengan lebih lanjut.dan .Sila Muat Turun perisian hukum Tajwid pada laman Blog ini...

Kaedah Mempelajari Al-Quran

Di Malaysia dan Asia terdapat beberapa jenis
kaedah pengajian seperti Iqra' , Qiraati ,
Muqaddam dan sebagainya. Yang mana satu
adalah terbaik?

Ketahuilah,Ulamak-ulamak Qurra' menolak
kaedah bacaan terkini seperti Iqra' dan Qiraati
sebagai kaedah Asas.Kerana ia akan memberi
kesan yang tidak baik terhadap Ilmu Tajwid.

Oleh yang demikian,di Akademi Al-Quran kami
menggunakan kaedah asal yang dipersetujui
Ulamak Qurra' iaitu Ejaan Muqaddam.
Sungguhpun ia sedikit lambat,tetapi ia memberi
kesan yang mendalam di dalam penghayatan
Tajwid yang sebenar.

Kewajipan Mempelajai Al-Quran...

Setiap Manusia diwajibkan mempelajari Al-Quran Seperti mana yang diwajibkan kepada umat yang terdahulu. rujukan dengan lebih lanjut

Pengunjung Laman Ini..

About

Digital Quran